Glitter Graphics

Thursday, October 15, 2009

Lan Pet Pet

Salam........

Saper..... yang tak kenal ngn Lan Pet - Pet ?
Lan Pet - Pet adalah salah seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Darulaman ....yang kini sedang mewarnai dunia Hiburan Tanah Air bersama ngn kumpulan SENARIO.......
Kehebatan nya ..tak perlu Gua ceritakan lagi.........., ada jew drama ataopon filem2 komedi..... Zaaaaaaaaaaaaasssss....... adalah muka beliau hehehehhehe.....
Jom kita layan artikel menarik mengenai Lan Pet - Pet yang baru jew menamatkan zaman bujangnya yang sempat Gua godek2 dalam internet buat tatapan semua rakan2 SMD.....
Layanzzzzzzzz

Gambar Lan Pet Pet dan Ruby Kahwin

“Saya dah penat membujang kerana umur saya pun dah 39 tahun… kalau boleh saya nak kahwin tahun ini juga!”. Oh..... Itu kata Lan Pet Pet beberapa bulan yang lalu... Kemudian, Lan membuat keputusan senyap-senyap tanpa memberitahu kawan-kawannya yang beliau akan mendirikan rumah tangga.... Lan Pet Pet tidak mahu membesarkan benda-benda personal sebegini.

Hehehehehhhe....begitulah artikel yg Gua perolehi daripada Internet tentang Bro kita nih huhuuuuuuuuuuuuuuuuu........

Lan Pet Pet telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Ruby Che Wan pada 20 Ogos lalu. Tahniah, bro. Kahwin jugak akhirnya. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu ya! hehehehhe


Percintaan selama 14 tahun antara pelawak siri komedi Senario, Lan Pet-Pet dengan Rubytah Abu Bakar @ Che Wan, berakhir di gerbang perkahwinan apabila mereka diijabkabulkan di Masjid Al-Bukhary di sini hari ini.

Lan Pet - Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 39, sah menjadi suami kepada perunding pelaburan itu dengan kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih susu.

Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM888 oleh juru nikah Masjid Al-Bukhary, Mohamad Isa Shaari setelah diwakilkan oleh adik Rubytah, Roshidi, 29, tepat pukul 12.10 tengah hari sambil disaksikan keluarga kedua- dua pihak.

Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar- tukar dulang hantaran iaitu tujuh dulang daripada Lan termasuk wang hantaran RM8,000 beserta sirih junjung, beg tangan jenama Gucci, kek dan senaskhah al-Quran.


Warga SMD & Dj Epoi mengucapkan selamat Maju Jaya Buat Bro Lan Pet Pet dan Isteri

No comments:

Post a Comment